PENGENALAN RANGKAIAN
Rangkaian(Networking) adalah satu cabang bidang Teknologi Maklumat yang memainkan peranan yang penting pada masa kini. Ia bukan sahaja
penting dalam bidang perniagaan tetapi juga dalam bidang pendidikan, & lain-lain bidang.
Melalui rangkaian, maklumat-maklumat boleh dihantar dengan cepat dan
berkesan.Rangkaian juga menjadi satu "Course" yang paling mendapat sambutan di Institut-Institut Pengajian Tinggi atau Institut-Institut Kemahiran kerana ia menawarkan kerjaya yang masa depan yang terjamin mengikut peredaran zaman.
Pada amnya terdapat tiga jenis rangkaian, iaitu;
a) Rangkaian Setempat (LAN - Local Area Network)
b) Rangkaian Metropolitan (MAN - Metropolitan Network)
c) Rangkaian Luas (WAN - Wide Area Network)