Tuesday, December 8, 2015

Servis VPN Terbaik 2015

Top 5 Servis Vpn Terbaik 2015

Pengenalan Kepada VPN

VPN mencipta "virtual" point-to-point connections dengan menggunakan teknik tunneling. 

Tunneling bertindak seperti "pipe" untuk menembusi network menghubungkan satu titik (computer anda) ke titik yang lain (server yang anda layari contohnya www.google.com). Kebiasanya di aktifkan oleh pengguna jauh, tunneling meng"encrypt" data kepada standard TCP/IP packets dan sedia untuk penghantaran data secara selamat di internet.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
VPN memastikan rahsia dan integriti maklumat semasa bergerak melalui internet awam kerana 3 perkara berikut :
  • Pengesahan identiti pengguna
  • Penghantaran data peribadi yang selamat (tiada "listeners" yang tidak dibenarkan )
  • Pengesahan penghantaran data tidak dicemari
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

VPN connection bertindak seperti ini:
  • Anda sambung internet secara biasa, melalui pembekal internet anda.
  • VPN client software di computer anda memulakan sambungan dengan VPN server.
  • VPN server meng"encrypts" data pada sambungan supaya ia tidak boleh dibaca oleh orang lain semasa dalam transit. (INI ADALAH SEBAB KENAPA PEMBEKAL INTERNET ANDA TIDAK DAPAT MENGURANGKAN KELAJUAN INTERNET ANDA KERANA MEREKA TIDAK BOLEH MENGESAN APA YANG ANDA HANTAR DAN BERAPA BESAR DATA TERSEBUT.)
  • VPN server decrypts data tersebut dan pass kan ke server yang kita request contohnya ( www.google.com ) . 





OK! Disini saya senaraikan TOP 5 VPN provider 2015

1)  Private Internet Access
Link: https://www.privateinternetaccess.com/ 

2)  TorGuard
Link: https://torguard.net/

3)  HideMyAss
Link: https://www.hidemyass.com/

4)  Boleh VPN (Made In Malaysia)
Link: https://bolehvpn.net/

5)  IPVanish
Link: https://www.ipvanish.com/

Monday, December 7, 2015

Apa itu Sistem Operasi "Operating System (OS)"

Pengenalan Kepada Sistem Operasi "Operating System(OS)"

Dalam bidang pengkomputeran, sistem pengoperasian (operating system)
atau sistem pengendalian ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta pengurusan perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan dan pelayar web. Sistem pengoperasian (OS) adalah sebuah perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sebuah sistem komputer. Apabila komputer anda mula dihidupkan BIOS akan dibaca dan dijalankan untuk mengesan perkakasan-perkakasan asas seperti cakera keras (hard disk), jumlah memori dan jenis pemproses, setelah itu sistem pengoperasian (OS) pula akan dibaca dan dimasukkan ke dalam memori. Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang(install). Sistem Pengoperasian memastikan aplikasi, program dan perisian lain berupaya menggunakan memori, perkakasan, peranti input output dan mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (fle system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi digunakan (run), sistem pengoperasian menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.


Sistem pengoperasian boleh dipecahkan kepada 3 komponen utama;

a) Antaramuka pengguna
Terdapat 2 bentuk antaramuka pengguna iaitu antaramuka grafik (GUI- Graphic User Interface) dan penterjemah baris perintah (CLI - Command Line Interface). Antaramuka pengguna juga dikenali sebagai Shell atau cengkerang komputer.

b) Sistem utiliti tahap rendah
Sekiranya lebih daripada satu aplikasi digunakan (run), sistem pengoperasian menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai
masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-
masing

c) Kernel
Kernel ialah nadi Sistem Pengoperasian yang berhubung terus kepada
perkakasan komputer. Berikut adalah rajah ringkas perhubungan komponen - komponen di atas;
Perkakasan <-> Kernel <-> Shell <-> Aplikasi
Ideologi di sebalik kernel termasuk kernel monolitik, mikrokernel dan
eksokernel. Sistem komersil seperti UNIX, Windows dan Linux mengguna
sistem kernel yang monolitik. Sistem yang lebih moden seperti QNX, BeOS
dan Windows NT menggunakan sistem mikrokernel. Komputer embedded
mengguna sistem eksokernel.

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN (OS)
1) Unix
2) Linux
3) MacOS
4) Dos
5) Microsoft Windows
6) UNIX

UNIX
adalah antara sistem pengoperasian (OS) yang pertama ditulis di dalam bahasa atur cara peringkat tinggi iaitu Bahasa C (C Language). Secara amnya ia boleh dilaksanakan di mana-mana komputer yang mempunyai pengkompil C (C Compiler). Dengan ciri-ciri seperti berkuasa, portable dan fleksibel, UNIX menjadi sistem pengoperasian (OS) yang utama terutamanya untuk stesen kerja (workstation). Ia adalah kurang popular di kalangan komputer peribadi di mana ia dikenali sebagai Xenix (Microsoft) dan A/UX (Macintosh). Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja komputer peribadi mempunyai keupayaan yang cukup untuk mengeksploitasi sepenuh kelebihan UNIX. Antara versi UNIX yang popular untuk komputer peribadi ini ialah seperti LINUX dan MINIX.

LINUX
Linux adalah sistem pengoperasian (OS) seperti UNIX, yang merupakan implementasi
independen dari POSIX, meliputi true-multitasking, virtual memory, shared libraries,
demand-loading, proper memory management, dan multiuser. Linux masih
dikembangkan oleh kelompok-kelompok tanpa dibayar, yang banyak dijumpai di Internet,
tukar-menukar kod, dan menyelesaikan segala masalah yang ada. Sekarang Linux boleh
diperoleh dari sumber-sumber yang umum digunakan, misalnya RedHat (Fedora),
Debian, Slackware, Caldera, Stampede Linux, TurboLinux, suse dan lain-lain. Linux
adalah sistem UNIX yang lengkap, boleh digunakan untuk jaringan (networking),
pengembangan perisian, dan bahkan untuk sehari-hari. Linux sekarang merupakan
alternatif sistem pengoperasian (OS) yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan
Sistem Pengoperasian (OS) komersial, dengan kemampuan Linux yang setara bahkan lebih.
 
MacOS
MacOs dibangunkan oleh sebuah syarikat iaitu Apple Corp. yang terletak di California,
Amerika Syarikat. MacOs tidak boleh beroperasi pada cip-cip Intel, AMD atau Cyrix.
MacOs dibangunkan untuk cip mikropemproses yang dibuat oleh Motorolla seperti cip-
cip 6800, 68020, 68030 dan yang terbaru mikropemproses G4. Ini bermakna, aturcara-
aturcara DOS atau Windows tidak boleh dijalankan di MacOs dan sebaliknya. MacOS
adalah suatu sistem pengoperasian yang berkuasa dan mempunyai pelbagai kelebihan
terutamanya dengan gandingan penggunaan perkakasan terbaru yang dikeluarkan oleh
Apple seperti iMac, Apple G3, G4, Macintosh G4 Power Cube dan lain-lain. Di antara
kelebihannya ialah pantas dan laju, grafik yang menarik dan sesuai untuk hardcore
designer kerana ianya dapat melakukan tugas-tugas image editing dengan lebih pantas,
berkesan, serta menarik. Selain itu, ia adalah sistem pengoperasian yang paling mudah
di dunia dan untuk memasang (install) MacOs, ia hanya mengambil masa selama 15
minit sahaja, sementara Windows XP pula mengambil masa selama 120 hingga 360
minit.

DOS
DOS adalah singkatan bagi “Disk Operating System”. Ia adalah sebuah sistem
pengoperasian CUI (Character User Interface) dan bukannya GUI (Graphical User
Interface). DOS juga tidak dapat melakukan kerja-kerja multitasking. Sebagai contoh,
kita tidak boleh menjalankan perisian kalkulator dan pada masa yang sama membuat
pemprosesan perkataan. Jika hendak melakukan sebarang pengiraan, kita terpaksa
keluar dari perisian pemprosesan perkataan tersebut dan menjalankan perisian
pengiraan yang berkenaan.
Terdapat tiga sistem pengoperasian yang memanggil dirinya DOS iaitu:
1. Microsoft DOS (MS-DOS)
2. IBM PC-DOS
3. Novell DOS

MICROSOFT WINDOWS
Microsoft Windows adalah sebahagian daripada sistem pengoperasian yang mengawal
operasi dan sumber-sumber di dalam sistem komputer. Microsoft Windows merupakan
suatu sistem operasi yang mengubah cara pengguna menggunakan komputer supaya
lebih mudah dan ramah. Microsoft Windows juga merupakan satu program yang
memberikan persekitaran kerja yang berdasarkan kepada penggunaan ikon dan menu.
Sistem pengoperasian Microsoft Windows memberikan persekitaran kerja yang mesra
pengguna (user-friendly) iaitu berdasarkan kepada konsep antara muka pengguna
bergrafik, atau Graphical User Interface (GUI).
Konsep antara muka pengguna bergrafik bagi Microsoft Windows adalah berlainan
dengan konsep antara muka pengguna di dalam sistem pengoperasian MS-DOS yang
bersifat Character User Interface (CUI), di mana pengguna perlu menaip arahan-arahan,
manakala melalui Microsoft Windows, pengguna hanya perlu memilih ikon atau arahan-
arahan di menu bar. Terdapat juga aplikasi yang direka khas untuk digunakan di dalam
persekitaran Windows seperti Notepad, Paint Bursh, Calender, Calculator, dan lain-lain
lagi.

Pengenalan Kepada IP Address

Apakah yang dimaksudkan dengan Alamat IP?
Tidak syak lagi anda pernah mendengar istilah "alamat IP."  Walaupun, anda mungkin tidak mempunyai lebih daripada tanggapan bayangan apa alamat IP sebenarnya adalah atau bagaimana ia berfungsi. Mari kita meneroka konsep.
Alamat IP adalah produk yang menarik teknologi komputer moden direka untuk membolehkan satu komputer (atau peranti digital yang lain) untuk berkomunikasi dengan yang lain melalui Internet. Alamat IP membolehkan lokasi benar-benar berbilion peranti digital yang disambungkan ke Internet yang akan menunjuk dan dibezakan daripada peranti lain. Dalam erti kata yang sama bahawa seseorang memerlukan alamat surat-menyurat anda untuk menghantar surat, komputer jauh memerlukan alamat IP anda untuk berkomunikasi dengan komputer anda.
"IP" bermaksud Protokol Internet, jadi alamat IP adalah alamat Protokol Internet. Apa maksudnya? Protokol Internet adalah satu set peraturan yang mengawal aktiviti Internet dan memudahkan penyiapan pelbagai tindakan di World Wide Web. Oleh itu, satu alamat Protokol Internet adalah sebahagian daripada grid sistematik diletakkan saling yang mengawal komunikasi dalam talian dengan mengenal pasti kedua-dua peranti memulakan dan pelbagai destinasi Internet, seterusnya menjadikan komunikasi dua cara yang mungkin.
Alamat IP terdiri daripada empat nombor, setiap yang mengandungi 1-3 digit, dengan titik tunggal (.) Memisahkan setiap nombor atau set digit. Setiap satu daripada empat nombor boleh berkisar dari 0 hingga 255. Berikut adalah satu contoh apa yang alamat IP mungkin kelihatan seperti: 78.125.0.209. Kumpulan berbahaya yang berpandangan empat nombor adalah kunci yang memberi kuasa kepada anda dan saya untuk menghantar dan mengambil data melalui sambungan Internet kami, memastikan mesej kami, serta permintaan kami untuk data dan data yang kami telah diminta, akan mencapai yang betul destinasi internet. Tanpa protokol angka ini, menghantar dan menerima data melalui World Wide Web akan menjadi mustahil.
Alamat IP boleh sama ada statik atau dinamik. Alamat IP statik tidak pernah berubah. Mereka berkhidmat sebagai alamat Internet tetap dan menyediakan cara yang mudah dan boleh dipercayai untuk komputer jauh untuk menghubungi anda. Alamat IP statik mendedahkan maklumat seperti benua, negara, wilayah, dan bandar di mana komputer yang terletak; (Pembekal Perkhidmatan Internet) ISP bahawa perkhidmatan komputer tertentu; dan maklumat teknikal seperti latitud yang tepat dan longitud di negara ini, dan juga tempat-tempat kejadian, komputer. Banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan melihat-up alamat IP kepada pengunjung mereka, secara percuma. Jika anda ingin tahu tentang alamat IP anda sendiri, anda boleh mencari laman web dalam dengan melakukan carian Google.
Alamat IP dinamik adalah sementara dan ditugaskan setiap kali komputer mengakses Internet. Mereka, pada hakikatnya, yang dipinjam daripada kolam alamat IP yang dikongsi antara pelbagai komputer. Oleh kerana bilangan yang terhad alamat IP statik yang ada, banyak ISP tempahan sebahagian daripada alamat yang diberikan mereka untuk berkongsi di kalangan para pelanggan mereka dengan cara ini. Ini mengurangkan kos dan membolehkan mereka untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih daripada mereka boleh sebaliknya.
Alamat IP statik secara umumnya lebih baik untuk kegunaan seperti VOIP (Voice over Internet Protocol), permainan dalam talian, atau apa-apa maksud lain di mana pengguna perlu membuat ia mudah untuk komputer lain untuk mencari dan menyambung kepada mereka. Akses mudah juga boleh dikendalikan apabila menggunakan alamat IP dinamik melalui penggunaan perkhidmatan DNS dinamik, yang membolehkan komputer lain mengesan anda walaupun anda boleh menggunakan sementara, sekali alamat IP. Ini sering melibatkan caj tambahan, bagaimanapun, jadi periksa dengan ISP anda.
Alamat IP statik adalah dianggap agak kurang selamat daripada alamat IP dinamik, kerana mereka lebih mudah untuk mengesan untuk tujuan perlombongan data. Walau bagaimanapun, berikutan amalan Internet selamat boleh membantu mengurangkan masalah ini berpotensi dan memastikan komputer anda selamat tidak kira apa jenis alamat IP anda gunakan.
Free Fire Pointer Red Cursors at www.totallyfreecursors.com